25 November 2010

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3.Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6.Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9.Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11.Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
12.Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14.Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16.Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. 17.Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
18.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
19.Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
20.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
21.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan...



14 November 2010

another

macam mana nak bina semangat baru? arghh. tolong lah. ada formula tertentu ke? tak mahu kongsi sama2? semangat semangat semangat...datanglahh... kalau boleh panggil camtu, kan best. nak ape2, seru je..

haishh. macam mane ni. aku tak nak kecewa, tak nak gagal. tak nak. tak nak. aku nak berjaya macam orang lain. aku kena lawan perasaan ni. ye. aku mesti lawan.

nilai

ape kau faham erti cinta, kasih dan sayang?



------------------------X0X0------------------------

comes naturally




kalau nk kawan, buat la cara nk berkawan. ni tak. masa susah datang cari, bila senang langsung x nampak batang hidung. apelah. ingat kita tak ada perasaan agaknye. saya bukan tunggul kayu! huh. bukan anak patung yang boleh dipermainkan.

ahh. ini lah yg orang selalu kata. banyak orang banyak ragam. kalau 1 pun dh buat pening kepala,sakit hati, haishhh.. ape nak jadi.selamat hari jadi lah jawabnye. lingkup.

tujuan menulis bukan nak merepek,membebel. thanx to dis blog. kau lah tempat aku luah perasaan. walaupun kau tak boleh cakap ape2, tapi at least kau bagi aku peluang untuk luah ape yang ada dalam hati ni kan?

ape lagi..

kau.
aku berharap sangat kau tak sama macam orang2 yang aku pernah kenal.
tapi,macam ada something wrong je. aku tak tahu. i can't judge you. maybe aku perlu masa untuk lebih memahami kau.

cepatnye kau berubah,walaupun bukan 36o darjah. tapi aku dah dapat rasakan perubahan kau. kenape? aku ada buat salah pada kau? ok, tell me.

hmm. kalaulah kau baca ape aku tulis ni. kenape kau datang kalau kau hanya mahu beri aku harapan? kejam. nasib baik tu semua hanya sekejap. hati aku pun tak sakit lagi, belum terluka sebab kau tak sempat toreh lagi.

aku tak boleh nak cakap kau jahat. baik pun tak. entah. itu terpulang pada perspektif masing2.


no komen.

11 November 2010

the killer

if u wish to experience more success in your life,u must remove the biggest 'success killer' that exists. self-doubt is the biggest obstacle that u must overcome with faith & diligence. to become successful in life, u must first cast out the inner demon of doubt & replace it with unshakable faith in yourself & your abilities. through self-development & a personal commitment to your ideals & dreams, you can become more successful than u ever thought possible.

unfortunately,there seems to be a tendency among us to steer towards the negative. i am sure that u find yourself thinking negative thoughts at certain times of the day. are u truly aware of just how damaging these thoughts are to your life? negativity is a state of mind which,when embraced,gradually strips away your self-confidence & erodes your self-esteem.




: )